Tuesday, September 7, 2010

Pemergian Ramadhan

Saban hari, aku menangis memikirkn ramadhan yang akan pergi tahun ni. Nak tunggu tahun depan, lame kot. tu pun klu kite diberi peluang untuk merasai ramadhan pada tahun berikutnya. INGAT!!!!ajal maut ditangan ALLAH. manangislah anda kerana pemergian bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan kerahmatan.....


HARAPAN RAMADHAN



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Walaubagaimanapun, kesedihan dibulan ramadhan digantikan dengn kegembiraan pada bulan syawal. Ini kerana......
Pertama:kita berjaya menundukkan nafsu sepanjang siang hari Ramadhan. Menundukkan nafsu adalah seperti madrasah para malaikat yang Allah tidak berikan nafsu kepada mereka, dan mereka sentiasa taat kepada Allah. Manusia menjadi insan terbaik, lebih baik daripada malaikat kerana kita mempunyai unsur ruh dan nafsu.

Kedua: beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang Ramadhan, seperti penurunan al-Quran, pembebasan kota Makkah, kemenangan Tabuk dan lain-lain.
Amat jelas di sini, bahawa kegembiraan Syawal, adalah kerana kecemerlangan Ramadhan. Bukannya semata-mata kerana bebasnya diri mereka daripada pantang-larang Ramadhan, atau kerana semata-mata dapat memakai pakaian baru, cuti panjang, dapat duit raya, atau bertemu sanak saudara serta taulan. Duniawi sume tu,,,haha....



sekian dari saya,,,renung-renungkan dan salam lebaran saya ucapkan....huhu

Sahabat Oh Sahabat

Bagi aku, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh aku panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain? Saya hanya boleh panggil mereka rakan sekolej, rakan kelas, rakan main game dan seangktn dengnnya. Ada juga yg kawan makan kawan. Tak patut btul. Orang makan nasi,dia mkn kawan. Ish3.... Nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?



Pertama : Mereka ini dikategorikan sebagai tidak jujur. Korang boleh tengok sendiri, apabila korang dalam kesenangan, mereka akan membuntuti anda ke mana saja anda pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk anda asalkan anda turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun. Aku bagi contoh, duit. Mereka berkawan dengan anda disebabkan duit.Klu pokai, batang hidung pn xnampk.



Kedua : Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI DGN APA YG anda ADA. Mereka tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka anggap anda seorang yang lebih superior dari mereka dan mereka akan bermuka muka di depan anda tetapi apabila mereka di belakang anda, mereka akan mengutuk dan mencaci anda di luar pengetahuan anda sendiri. Aku pernah hadapi benda ini. Klu x,bt pe nak cite.....huhu


Tapi aku x kisah pn. Sebaliknya aku doakan mereka diberikan rezeki melimpah ruah supaya mereka diberi petunjuk ke jalan yg betul. Mereka ini sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemewahan kita, kesenangan kita dan kebahagiaan kita. Mereka anggap itu terlalu besar dan mereka tidak boleh terlalu rapat dgn kita dan menghasut kawan yang lain untuk meninggalkan kita. Sbbkn nila setitik,rosak susu sebelanga...





Ketiga : Tikam Belakang kawan  sendiri. Pergggh!!.ini kerja merbahaya. Silp2, msuk icu gak.haha.... Korang pernah rasa? aku pernah. Dan kawan aku ni burukkan aku depan kawan aku sendiri. Berani tul sentuh sarang tebuan. Tp aku rilex je. Mungkn sume tu ade hikmah....

akhir kata,sahabat yg baik,sahabat yg sentiasa b'sama kita dlm apa jua keadaan. Kawan memng mudah dicari. Tp sahabat sukar dicari malahan tiada pengganti penggnti. Bak kata pepatah " Bagai mutiara didalam tiram"...haha

arnab dan kura2 pun bleh jadi sahabat....huhu..