Tuesday, September 7, 2010

Pemergian Ramadhan

Saban hari, aku menangis memikirkn ramadhan yang akan pergi tahun ni. Nak tunggu tahun depan, lame kot. tu pun klu kite diberi peluang untuk merasai ramadhan pada tahun berikutnya. INGAT!!!!ajal maut ditangan ALLAH. manangislah anda kerana pemergian bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan kerahmatan.....


HARAPAN RAMADHAN



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Walaubagaimanapun, kesedihan dibulan ramadhan digantikan dengn kegembiraan pada bulan syawal. Ini kerana......
Pertama:kita berjaya menundukkan nafsu sepanjang siang hari Ramadhan. Menundukkan nafsu adalah seperti madrasah para malaikat yang Allah tidak berikan nafsu kepada mereka, dan mereka sentiasa taat kepada Allah. Manusia menjadi insan terbaik, lebih baik daripada malaikat kerana kita mempunyai unsur ruh dan nafsu.

Kedua: beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang Ramadhan, seperti penurunan al-Quran, pembebasan kota Makkah, kemenangan Tabuk dan lain-lain.
Amat jelas di sini, bahawa kegembiraan Syawal, adalah kerana kecemerlangan Ramadhan. Bukannya semata-mata kerana bebasnya diri mereka daripada pantang-larang Ramadhan, atau kerana semata-mata dapat memakai pakaian baru, cuti panjang, dapat duit raya, atau bertemu sanak saudara serta taulan. Duniawi sume tu,,,haha....



sekian dari saya,,,renung-renungkan dan salam lebaran saya ucapkan....huhu

1 comment:

  1. ehehe..ok jerk..
    blog ko masih baru lagi...
    erm...
    selamat hari raye ea syamil...
    hehehehhe

    ReplyDelete